[pu.cat] | ڤوچت
Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadikan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pu.cat] | ڤوچت
Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)