[ram.bang] | رامبڠ
Definisi : 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perempuan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa ditentukan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sembarangan sahaja, rawak: sbg contoh penggunaan sebenar, saya petik sebuah ayat secara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagaikan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ram.bang] | رامبڠ
Definisi : tidak tetap (hati dll). ~ mata a. mata keranjang. b. sukar utk membuat pilihan (semuanya berkenan). merambang berbuat atau berkata dgn mengagak-agak atau dgn melulu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)