Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : I 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rang­sang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt ke­ghairahan, keberanian, kemarahan, dll), me­nimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : Jw; merangsang 1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. mem­bantah perkataan (pendapat dll), me­nyang­gah: kalau disuruh ia ~; perangsang pasukan yg menyerang, peng­gempur, penyerbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : Mn 1. ranting kering (mati) yg telah gugur; 2. ranting-ranting kayu berduri yg dipasang pd batang kayu (supaya tidak dapat dipanjat orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : 1 rasa yg kuat pd pancaindera; perasaan dsb yg ditimbulkan oleh sesuatu: Kadang-kadang terbit ~ pd saya utk membaca tulisan-tulisannya. 2 sangat keras membangkitkan saraf pencium (ttg bau); sangat kuat membangkitkan perasaan. merangsang 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. terangsang telah dirangsang. rangsangan rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. perangsang sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang,