[re.ngus] | رڠوس
Definisi : ; merengus bersungut atau berbuat sesuatu dgn keras dan kasar serta muka yg masam kerana marah, tidak senang hati dsb: “Celaka budak ini,” Bidin ~ sambil mengheret Bujal naik; kami rasa, dia tidak suka bergaul dan suka ~; merengus-rengus bersungut-sungut atau berbuat sesuatu kerana marah (tidak puas hati dsb), merungut-rungut: dia ~ sambil berjalan pergi dr situ; sambil ~ aku balik juga, meninggalkan radio Pak Mat dgn lakonan bangsawan seterusnya; perengus orang yg suka merengus (masam muka, keras dan kasar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[re.ngus] | رڠوس
Definisi : ; merengus 1 bermasam muka kerana tidak senang hati atau kerana marah; berbuat sesuatu dgn keras dan kasar kerana marah dll: Bidin ~ lalu mengheret Bujal naik. 2 = merengus-rengus merungut; bersungut-sungut (kerana marah dll): Ia ~ sambil berjalan dr situ. perengus orang yg suka merengus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)