[ro.boh] | روبوه
Definisi : 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, kekuasaan, dll); 4. membinasakan, melunturkan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, keruntuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan merobohkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ro.boh] | روبوه
Definisi : 1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)