[rom.pa/] | رومڤق
Definisi : ; merompak menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut; rompakan kejadian merompak: ~ itu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) menggunakan senjata; perompakan perbuatan merompak, perampokan: ~ bersenjata; perompak orang yg merompak, perampok, penyamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rom.pa/] | رومڤق
Definisi : Mn; merompak merobohkan, meruntuhkan: gajah itu ~ kandangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rom.pa/] | رومڤق
Definisi : ; merompak mengambil hak orang dgn paksa; menyamun: Orang yg ~ kedai itu telah ditangkap polis. rompakan 1 kejadian merompak: ~ itu berlaku di sebuah bank di Kuala Lumpur. 2 hasil merompak: Barang-barang ~ itu disembunyikan. perompakan hal atau perbuatan merompak. perompak orang yg merompak; penyamun: ~ bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)