[sa.dur] | سادور
Definisi : lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya; bersadur bersalut atau berlapis (logam); menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; penyaduran perbuatan menyadur; penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.dur] | سادور
Definisi : sabotaj 1 perbuatan merosakkan harta benda atau rancangan pihak lawan dlm masa peperangan, pertelingkahan dsb. 2 usaha yg dilakukan secara sembunyi-sembunyi utk menjatuhkan atau merosakkan kegiatan pihak-pihak tertentu: Ada sesetengah pihak yg mencuba melakukan ~ terhadap Bahasa Kebangsaan dgn cara yg halus. mensabotaj melakukan sabotaj terhadap: Projek mereka telah disabotaj oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pensabotaj orang atau pihak yg mensabotaj. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)