[sam.ping] | سمڤيڠ
Definisi : sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku dikesampingkannya sahaja; 2. mengetepikan (menganggap kurang penting), menyingkirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, berhampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sam.ping] | سمڤيڠ
Definisi : sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sam.ping] | سمڤيڠ
Definisi : bahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. bersampingan bersama-sama; berdampingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di samping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[sam.ping] | سمڤيڠ
Definisi : kain sarung pendek yg dipakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai samping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)