Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyederhana-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. 2 tidak banyak selok-beloknya; tidak sulit; mudah: Gunakanlah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah difahami orang. menyederhanakan menjadikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan sederhana. penyederhanaan perbuatan atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)