Definisi : (sél) 1. (Bio) unit terkecil sesuatu organisma yg terdiri drpd nukleus dan sitoplasma yg dikelilingi membran sel; 2. bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara; 3. (Fiz) bahagian (pd bateri) yg diisi bahan-bahan kimia utk mengeluarkan tenaga elektrik; ~ elektrik = ~ elektrokimia sel yg digunakan utk menghasilkan tenaga elektrik atau utk melakukan elektrolisis (terdiri drpd dua elektrod yg terendam dlm elektrolit); ~ elektrolisis sel yg menggunakan tenaga elektrik arus terus utk menguraikan elektrolit; ~ fotoelektrik peranti yg menghasilkan kesan elektrik apabila terdedah pd cahaya; ~ kering bateri; ~ piawai sel primer yg voltannya diketahui dengan tepat; ~ primer sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg tidak berbalik (tidak dapat dicas semula); ~ sekunder sel yg menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yg berbalik (dapat dicaskan semula); ~ suria sj sel elektrik yg menukarkan tenaga suria kpd tenaga elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /sél/ 1 ist bahagian yg seni pd sesuatu benda hidup yg berisi protoplasma dan nukleus: ~ darah. 2 bilik kecil di penjara. 3 ist alat yg dpt menukarkan tenaga kimia kpd tenaga elektrik (biasanya terdiri drpd bekas yg terdapat dua elektrod terendam dlm elektrolit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)