[se.ma.ra/] | سمارق
Definisi : akronim bagi Setia Bersama Rakyat (suatu kempen yg bertujuan mengeratkan lagi jalinan hubungan antara pemim-pin dgn rakyat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ma.ra/] | سمارق
Definisi : cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masyhur; c) sedang cantik (gadis dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ma.ra/] | سمارق
Definisi : 1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan bersemarak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ma.ra/] | سمارق
Definisi : ; ~ api sj tumbuhan (pokok), Delonix regia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ma.ra/] | سمارق
Definisi : cahaya yg menambah keelokan sesuatu; seri: Dgn kehadiran tuan, moga-moga bertambahlah ~ majlis kami ini. bersemarak 1 berseri; gilang-gemilang: Bandar Kuala Lumpur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). menyemarakkan 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: Kemenangan ini merupakan ~ semangat supaya aku terus berkarya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[se.ma.ra/] | سمارق
Definisi : ; ~ api nama sj pohon yg mempunyai lenggai yg panjang dan bunga berwarna merah, Delonix regia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)