Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.dal] | سندل

Definisi : = penyendal 1. lapik (alas dll) yg disisipkan ke bawah sesuatu benda supaya tidak goyah atau goyang; 2. sesuatu (baji dll) yg disisipkan utk mengetatkan benda-benda yg longgar; menyendal mengenakan (membubuh, me­masang) sendal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.dal] | سندل

Definisi : ; menyendal sl, menyendalkan mencuri dgn pantas, menyentak dgn cepat (dgn tidak disedari), merenggut: apa daya kula ~ dia kerana Melayu berkeris di hadapan, jika ia berkeris dr belakang dapat juga kula sendal; kesendalan terkena curi (copet), kecurian: ~ aku oleh Jawa ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.dal] | سندل

Definisi : , = penyendal benda yg di­sisipkan pd sesuatu supaya ketat atau supaya tidak bergoyang. menyendal membubuh sendal; memasang sendal. sesendal alat leper berbentuk spt cincin yg dibuat drpd logam (plastik, getah dll) dan digunakan sbg sendal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.dal] | سندل

Definisi : ; menyendal 1 menyentak dgn pantas; merenggut. 2 mencuri dgn cepat; mencopet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendal
Kata Terbitan : penyendal, menyendal,

Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(3)