[se.nga.ja] | سڠاج
Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.nga.ja] | سڠاج
Definisi : memang diniatkan atau dimaksudkan begitu; memang dgn niat terlebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg sengaja: Saya ~ supaya dia tahu akan kehadiran saya. menyengajakan melakukan dgn sengaja: Perbalahan itu memang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)