Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau ter-susun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~; menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat: majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ puteri a) sj burung, Dicaeum cruentatum ignitum; b) sj burung, Dicaeum t. trigonostigmum; ~ puteri gunung sj burung, Dicaceum sanguinolentum dolichor­hynchum; ~ puteri kecil sj burung, Dicaeum concolor borneanum; ~ raja sj burung, kelicap merah, Aethopyga siparaja siparaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ bulan sj binatang kecil spt lipan (tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila tersentuh), gengulung, gonggok, men-tibang, ulat monggok, Trigoniulus lumbricinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sépah/; bersepah 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. menyepah­kan menyelerakkan atau menaburkan se­suatu ke merata-rata tempat: Siapa yg ~ kertas di bilik tamu ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : hampas drpd sesuatu (spt sirih, tebu) yg sudah dikunyah atau dihisap airnya: Habis manis ~ dibuang. menyepah mengambil air drpd sesuatu dgn mengunyah benda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ~ bulan ulat spt lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila disentuh; ulat gonggok; mentibang, Trigoniulus lumbricinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepah
Rujuk :hampas

Puisi
 

Sepah bulan di hujung jari,
     Buah belimbing pengelok kuku;
Kalau jatuh bulan abang mari,
     Jentik dinding bukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ada sirih hendak makan sepah.

Bermaksud :

Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).

 

Lihat selanjutnya...(4)