Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sat] | سياست

Definisi : 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn ke­selamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari ke­terangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn ke­negaraan (pemerintahan negeri), siasah, po­litik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, ke­cekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu penge­tahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (peme­riksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (me­meriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan­-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh­-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka memper­cayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sat] | سياست

Definisi : sl hukuman, aniaya, seksa; menyiasat, menyiasatkan menghukum, menganiaya, menyeksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sat] | سياست

Definisi : 1 pemeriksaan yg teliti dan ha­ti-hati: Jangan tuan kurang ~, nanti tuan sendiri tersesat. Dgn tiada ~nya, dia telah menuduh saya mengambil wangnya. 2 se­gala yg bersangkutan dgn pemerintahan negara; siasah: Campur tangan Inggeris dan Belanda dlm ~ Alam Melayu dikisahkan juga dlm buku itu. 3 kebajikan atau kebolehan mengerjakan sesuatu; cara berfikir atau cara melakukan sesuatu; muslihat; taktik: Angkatan laut pihak Berikat mengubah ~nya utk menghadapi serangan-serangan kapal selam Jerman. menyiasat membuat penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik: Beliau te­lah pergi ke Sarawak utk ~ cara-cara hidup orang Iban di rumah panjang. pe­nyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,