[sing.kap] | سيڠکڤ
Definisi : ; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah menyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelitbelit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rahsia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan pengetahuan yg lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sing.kap] | سيڠکڤ
Definisi : ; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap terbuka atau terangkat penutupnya; terselak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)