[tam.bul] | تمبول
Definisi : 1. makanan (kuih dll) yg dihidangkan bersama minuman: setelah sudah, maka diangkat pula minuman dgn ~, pelbagai rupa dan rasanya; 2. minuman yg dihidangkan (utk menyegarkan badan); bertambul dihidangkan dgn tambul: sayang kita minum ini tiada ~, jika ada gerangan tambulnya alangkah baiknya; tambur II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tam.bul] | تمبول
Definisi : ark; bertambul, menambul 1. bermain silap mata (sihir dll); 2. menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat, dll); penambul 1. pemain silap mata; 2. pelawak, tukang lawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tam.bul] | تمبول
Definisi : makanan yg dihidangkan bersama minuman: Setelah sudah makan nasi, diangkat pula minuman dgn ~ pelbagai rupa dan rasanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)