Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.ding] | تنديڠ

Definisi : = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm kebera­ni­an; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (tolok­nya, imbangannya, taranya, dll): keke­jaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengim­bangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tanding­an (lawan, imbangan); 2. meletakkan berde­kat­an (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh per­­­­­­­bezaan­nya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertan­ding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ding] | تنديڠ

Definisi : = tandingan 1. setompok barang dagangan (spt buah-buahan, kacang, dll), se­long­gok, setimbun: se~ sampah ada di tepi jalan itu yg belum diangkat; 2. ark Id sejum­lah barang dagangan (yg tidak tentu banyak­nya); menanding membahagi-bahagikan dlm long­gok-longgok: ~ buah langsat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ding] | تنديڠ

Definisi : , = tandingan 1 sesuatu yg sebanding dgn yg lain; imbang: Ke­­beraniannya dlm peperangan tidak ada ~nya. 2 sesuatu yg sepadan; jo­doh; pasangan: Gadis yg cantik itu memang tepat sbg ~ pemuda yg tampan. bertanding 1 beradu atau berlawan utk menguji kekuatan dll: Minggu hadapan, pasukan bola sepak Johor akan ~ dgn pasukan bola sepak Pulau Pinang. 2 berlumba utk mencapai sesuatu; bersaing: Kaum wanita ~ dgn kaum lelaki utk mencapai kemajuan. menandingi menjadi tandingan kpd; menyaingi; melawan: Tiada sesiapa yg dpt ~ kepandaiannya dlm bermain pedang. menandingkan 1 menjadikan sbg tan­dingan. 2 membandingkan utk men­­cari persamaan atau perbezaan­nya. mem­­pertandingkan membuat su­paya bertanding; menjadikan ber­lawan. pertandingan 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. setanding sama tanding; sebanding; setara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)