Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.ja/] | تنجق

Definisi : 1. sj destar, tengkolok: Anjang me­ma­kai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (me­ngan­jur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesem­patan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan me­nuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka men­daki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, mem­bawa naik, menaikkan: dia ~ layar pera­hunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ja/] | تنجق

Definisi : 1. cocok, padan, sesuai; 2. gaya (tubuh badan), tokoh, watak: cincin ini diusul periksa sbg isyarat menyiasat rupa dan roman tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;bertanjak bergaya, berpadanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ja/] | تنجق

Definisi : kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanjak
1. Bersinonim dengan tengkolok
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan tirus
(adjektif:)

Kata Terbitan : bertanjak, menanjak, menanjakkan, tanjakan,