Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.raf] | طرف

Definisi : 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: per­adab­an mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menu­rut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, ting­katan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.raf] | طرف

Definisi : 1 tingkatan kedudukan dlm masyarakat; darjat; martabat: Mereka berkumpul mengikut umur dan ~ masing-masing. 2 buruk baiknya nilai sesuatu; darjah; mutu: Kita harus ber­usaha mem­per­tinggi ~ pelajaran anak-anak kita. ~ hidup tingkatan mutu atau kemewahan hidup. bertaraf mem­punyai taraf atau darjat: Jawatan Peguam Negara ~ Menteri. menarafkan meletakkan atau menempatkan me­ngikut taraf (pangkat dll): Pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza. penarafan perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. setaraf sama tarafnya; sedarjat; setara: Pemohon-pemohon mestilah mem­punyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yg ~ dgnnya. menyetarafkan menjadikan setaraf; menyamakan darjatnya: Mereka menuntut supaya kerajaan ~ ijazah mereka dgn ijazah dr Universiti Malaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,