[ta.rung] | تاروڠ
Definisi : bertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; bertarungan berlanggaran, berbenturan; menarung menyandung, melanggar, membentur, menyentuh; menarungkan, mempertarungkan menjadi-kan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; ~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn; tertarung 1. terlanggar, terhantuk, tersandung, tersentuh: kakinya ~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung; baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahan-nya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani me-nanggung akibatnya); pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak;penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak reaksioner. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.rung] | تاروڠ
Definisi : ; bertarung 1 berlanggar atau berhantuk dgn sesuatu (bkn kereta dll). 2 bertanding dlm sukan dll; beradu: Beberapa orang peserta yg handal akan ~ dlm pertandingan itu. 3 bergaduh; berkelahi; berperang. tertarung terlanggar pd sesuatu; terhantuk; tersandung: Kakinya ~ pd batu. pertarungan 1 pertandingan dlm sukan dll; peraduan; perlawanan. 2 perbuatan atau hal bertarung; perkelahian; pergaduhan; pertempuran: Satu ~ yg mengerikan telah berlaku antara kedua-duanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)