[te.kun] | تکون
Definisi : 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun menumpukan fikiran dll pd, sangat asyik (mengerjakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu senggang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.kun] | تکون
Definisi : sungguh-sungguh (bekerja, belajar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)