Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.luang] | ترلواڠ

Definisi : 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.luang] | ترلواڠ

Definisi : 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luang
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang,