[te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام
Definisi : 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام
Definisi : 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)