[tra.di.si] | تراديسي
Definisi : sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb): suatu ~ orang Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling menziarahi; saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yg tidak ada ~ membaca; bertradisi mempunyai tradisi; mentradisi menjadi tradisi: ada pembaharuan itu yg telah ~; mentradisikan menjadikan sesuatu (fahaman, pemikiran, dll) sbg tradisi: Islamlah yg ~ kita; pentradisian proses mentradisikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tra.di.si] | تراديسي
Definisi : sesuatu kebiasaan, kepercayaan dll yg kekal turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)