[tu.ba] | توبا
Definisi : sj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dll; ~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; me-mecah ~ menyiarkan khabar hingga men-cemaskan orang; ~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan; bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi; menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di sungai; 2. menyakiti, menyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn hati yg dituba oleh perasaan cemburu; penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera; penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.ba] | توبا
Definisi : ; ~ benar = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Derris elliptica; ~ buah sj tumbuhan (pokok), Diospyros wallichii; ~ seluang (seludang) sj tumbuhan (herba), johong beralih, pancis-pancis, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.ba] | توبا
Definisi : sj alat muzik tiup drpd kumpulan bras yg lebih besar drpd trompet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.ba] | توبا
Definisi : sj racun yg dibuat drpd bermacam-macam akar yg beracun (spt Derris elliptica). menuba meracun (ikan) dgn tuba: Banyak orang yg pergi ~ ikan di sungai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)