Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lén] | تولين

Definisi : (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lén] | تولين

Definisi : /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ke­tulenan keadaan atau sifat tulen; kese­jatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,