[tu.nas] | تونس
Definisi : bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk; ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan; ~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~ rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit, masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga); bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mem-punyai anak cucu, menurunkan zuriat, ber-keturunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros; menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas; menunaskan menjadikan bertunas, menim-bulkan, menerbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.nas] | تونس
Definisi : , = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. bertunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; menurunkan baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)