[zi.na] | زنا
Definisi : persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah: jangan kamu melakukan ~; berzina melakukan zina, berbuat zina, bermukah; perzinaan perihal atau perbuatan berzina; penzina orang yg berzina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[zi.na] | زنا
Definisi : persetubuhan yg dilakukan secara haram (tanpa nikah). berzina melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah. perzinaan perbuatan atau hal berzina. penzina orang yg berzina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)