Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adalah dimaklumkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada satu kemusykilan. Ayat yang mana satukah yang betul; 1) Adalah dimaklumkan bahawa, 2) Adalah dimaklumkan, (Tanpa perkataan 'bahawa') Sekian, terima kasih Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.Tatabahasa13.05.2011
Yang mana betul: a. Bersama-sama ini dilampirkan... atau b. Bersama ini dilampirkan Yang mana betul: a. Adalah dimaklumkan bahawa tuan telah... atau b. Adalah dimaklumkan tuan telah... Yang mana betul: a. Sehubungan dengan itu .... atau b. Sehubungan itu, ..., Yang mana betul: Di dalam senarai kehadiran mesyuarat perlu ditulis a. YBhg. Dato' Ramli Bin Hamid atau b. Dato' Ramli Bin Hamid (tiada YBhg.)Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ...", "Sehubungan dengan itu" dan YBhg. Dato' Ramli bin Hamid .Tatabahasa08.05.2012
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015
1. Bolehkah menggunakan perkataan 'untuk ' sebagai memulakan ayat ? 2. Bolehkah menggunakan ungkapan ' pertama-tamanya ' untuk memulakan ucapan ? 3. Bolehkah memulakan surat rasmi dengan Adalah dimaklumkan ?

Sdr. Ahmad Norisham, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bagi soalan 1 dan 2 perkataan untuk dan pertama-tama boleh digunakan sekiranya ia digunakan dalam permulaan ucapan atau untuk penulisan iklan atau pemakluman. Manakala Adalah dimaklumkan - tidak boleh. Perkataan adalag ialah kata pemeri, yakni unsur yang menjadi pemerihal atau penghubung antara subjek dengan kata atau rangkai kata utama dalam predikat. Ayat ini seharusnya ditulis Dengan segala hormatnya/ dengan ini dimaklumkan....

Terima kasih

 

Tatabahasa15.04.2009
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasihRuangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my.Lain-lain31.07.2015
12Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pemenang tempat pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.00. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TKAyat tersebut tidak gramatis. Lihat penggunaan kata sendi nama adalah dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa05.04.2012
Penggunaan perkataan 'Adalah dimaklumkan' dalam surat menyurat telah digantikan dengan penggunaan 'Dimaklumkan bahawa'. Minta DBP beri petunjuk bukti/panduan pertukaran ini mengikut pekeliling mana. Untuk carian semula sebagai bukti ianya di tukar dalam urusan surat mnyurat di jab ini.Adalah tidak boleh digunakan pada permulaan ayat, frasa yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa .... Tiada pekeliling khusus mengenai pertukaran (yang salah kepada yang betul) ini, untuk keterangan lanjut buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa10.12.2007
1. Sukacita dimaklumkan BAHAWA Mesyuarat xxx pada xxx telah bersetuju ... atau Sukacita dimaklumkan Mesyuarat xxx pada xxx... 2. ADALAH dimaklumkan...atau ...Untuk makluman tuan/puan..Salam sejahtera,

Puan,

Frasa yang betul:
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat xxx

2. Untuk makluman tuan/puan...


Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.07.2019
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
Untuk memulakan perenggan ke 2 surat rasmi mana perkataan yang betul: 1. Dimaklumkan bahawa... 2. Sila maklum ...3. Untuk makluman....4. Adalah dimaklumkan bahawa...Frasa yang betul ialah "dimaklumkan bahawa ...".Tatabahasa19.07.2012
1234567

Kembali ke atas