Salam. Saya hendak bertanya tentang penggunaan "kawan-kawan" dan "adik-adik" dalam ayat, contohnya "Kawan-kawan hendaklah menghormati ibu bapa." Adakah penggunaan "kawan-kawan" itu masih boleh digunakan?Sebab ada pendapat mengatakan penggunaan kata ganda seperti itu tidak boleh digunakan. sekian terima kasih. | Nurulhuda, Bagi penggunaan kata ganda adik-adik dan kawan-kawan, penggandaan seperti ini memang boleh digunakan. Contoh lain ialah penggunaan rama-rama, kupu-kupu dan kuda-kuda. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih. | Ayat majmuk yang tepat ialah 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik" tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik". | Tatabahasa | 28.03.2015 |
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih. | Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa. | Istilah | 18.09.2009 |
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih. | Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. | Tatabahasa | 02.11.2012 |
Ada berapakah objek dalam ayat "Abang membeli sebuah buku untuk adik". Adakah "adik" ialah objek sipi ? | Ada 2 objek: 1. Buku - objek tepat 2. adik - objek sipi | Tatabahasa | 07.04.2009 |
Cerakinkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal: Adik berbaring di sofa lalu tertidur. Jawapan:a) Adik berbaring di sofa. b) Adik tertidur di sofa/ Adik tertidur. (Yang manakah betul) | Dua ayat tunggal daripada ayat majmuk : "Adik berbaring di sofa lalu tertidur" adalah 1. Adik berbaring di sofa. dan 2. Adik tertidur. | | Tatabahasa | 19.03.2017 |
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih. | Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik. | Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH. | Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr. Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. Sekian, selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 02.12.2009 |
Betulkah ayat ini? Kakak menjahiti adik sepasang baju. ( Adakah penggunaan frasa menjahiti adik.. boleh disamakan dengan frasa menghadiahi adik... ? sedikit keliru..) terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kakak menjahitkan adik sepasang baju". Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan yang berpasangan dengan awalan me-, apitan me-...-kan membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan "menjahitkan" bermaksud "Kakak melakukan perbuatan jahit untuk adik". | Tatabahasa | 13.03.2015 |