Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata admin

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, soalan saya: Apakah frasa BM yang sesuai untuk "admin fees" ? - adakah caj admin? Bukan Yuran, kerana Yuran ada implikasi yuran bulanan? Terima kasih.

Padanan yang sesuai untuk istilah "admin fees" ialah “fi pentadbiran”.

Makna22.08.2024
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi.Terjemahan yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan11.10.2018
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi.Waalaikumussalam Terjemahan yang betul ialah: 1 can = 100% Omega 3 -1 tin = 100% Omega 3 2. of your weekly requirement - memenuhi keperluan mingguan anda 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers - 100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia.Makna21.09.2018
assalamualaikum admin PRPM saya menulis kepada admin PRPM adalah untuk bertanya dan mengesahkan terjemahan yang dibuat oleh saya sendiri. 1. 1 can = 100% Omega 3 ( 1 tin = 100% Omega 3?) 2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda?) 3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (100% dikilangkan di Perak oleh pekerja tempatan Malaysia?) adakah terjemahan BI kepada BM adalah betul dan mungkin pihak PRPM boleh memberi cadangan untuk pendekkan ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang sebenar. terima kasih admin PRPM saya harap pihak admin PRPM boleh membalas mesej saya dengan kadar segera. terima kasih sekali lagi.1. 1 can = 100% Omega 3 (1 tin = 100% Omega 3)
2. of your weekly requirement (memenuhi keperluan mingguan anda)
3. 100% made in Perak by proud Malaysia workers (dikilang di Perak 100% oleh pekerja tempatan Malaysia) 
Tatabahasa20.09.2018
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024
Hi Admin DBP , saya perlu menukarkan ayat kepada bahasa melayu tetapi tidak pasti sama ada ia benar atau sesuai digunakan , terutama pada bahagian rollover . Ayatnya seperti ini 'Business date has been rollovered. In order to proceed, service must be restarted.' dan saya menterjemahkan kepada Tarikh perniagaan telah digulingkan. Untuk meneruskan, perkhidmatan mesti dimulakan semula.Cadangan terjemahan bagi ayat Business date has been rollovered. In order to proceed, service must be restarted ialah "Tarikh urus niaga telah ditamatkan. Jika ingin meneruskan, perkhidmatan perlu dimulakan semula." Makna19.01.2022
Salam Admin, Untuk makluman, saya memohon semakan untuk tulis Jawi Pusat Internet seperti dilampiran jika ia paling terkini dan betul. Segala kerjasama diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.Ejaan ڨوست اينترنيت betul.Ejaan12.02.2020
Salam Admin Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "Recenter" dalam Bahasa Melayu? Adakah perkataan "pusatkan" wujud? Terima kasihTerjemahan yang sesuai untuk perkataan "Recenter" ialah pemusatan semula.

Perkataan pusatkan boleh digunakan dalam ayat suruhan.
Makna15.02.2019
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn.Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Salam Admin. Saya ingin mengemukakan beberapa soalan tentang penggunaan kata yang betul dalam penulisan tesis. 1. Apakah perbezaan antara ilmu dan pengetahuan? Bolehkah disamaertikan? 2. Penggunaan istilah bahasa Inggeris dalam BM: a. pedagogical content knowledge, b. technological pedagogical content knowledge, c. tacit knowledge Sekian, terima kasih.1. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, ilmu dan pengetahuan membawa maksud yang sama.

2. Untuk soalan kedua, tidak ada dalam pangkalan data DBPI. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan terjemahan seperti di bawah:

A. Pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi
B. Technological pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi teknologi
c. Tacit knowledge - Pengetahuan tersirat, Pengetahuan tidak formal atau Pengetahuan tasit
Penyemakan dan penterjemahan31.07.2017
12345678

Kembali ke atas