Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adverb


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wujudkah perbezaan antara kata keterangan dengan inti penerang? Adakah boleh disamakan antara adverb(Bahasa Inggeris) dengan kata keterangan/penerang?Terdapat perbezaan antara kata keterangan adverb. Untuk memahaminya lihat fungsi setiap kelas kata dan contoh ayat yang diberikan. kata keterangan berfungsi menghubungkan keterangan pada klausa utama, contohnya: Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi acara, masa dan tempat, contohnya: Kami selalu memperkatakan hal itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan halaman 253 dan 289.Tatabahasa22.06.2011
apa jenis kata digunakan selepas "secara"?kata nama atau kata adjektif. apakah maksud "secara"? saya merasai kegunaan "secara" persis kegunaan adverb yang terdapat dalam bahasa inggeris. mengapakah frasa "secara kritikal" adalah salah, manakala yang betulnya ialah "secara kritis" terima kasih

Perkataan “secara” merupakan kata adverba, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan ini boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa.

Perkataan “kritikal” bermaksud (i) berkenaan kesihatan, situasi dan lain-lain, (ii) sangat penting dalam menentukan hasil yang akan diperoleh, (iii) berkenaan sikap seseorang (tajam dalam memberikan teguran, pandangan dan sebagainya terhadap sesuatu atau seseorang) dan (iv) bersifat mengkritik atau mengandungi kritikan terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala kritis pula bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu dan perlu menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, penggunaan yang betul dalam konteks frasa yang diberikan ialah “secara kritis”.

Tatabahasa09.12.2021
Sila perhatikan ayat berikut: Amir meratap dengan amat sangat setelah ibunya mati. Betulkah penggunana adverba "dengan amat sangat" seperti di atas? Sekian terima kasihAdverba ialah unsur keterangan dalam frasa kerja yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut. Unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverb. Dalam contoh ayat yang diberikan unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, kerana adanya kata sendi nama "dengan". Walau bagaimanapun kata sendi nama perlu diikuti kata nama seperti "dengan kuatnya". Oleh itu, penggunaan frasa "dengan amat sangat" dalam ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa22.01.2014
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa20.11.2013
Saya Anuwa Rohing sedang belajar bahasa Melayu dasar , di Universiti Fatoni selatan Thailand , ingin bertanya DBP tentang tatabahasa apkah pengertian kata depan, terima kasihKata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa08.12.2013
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan artikel 'Yang Baru dan Baharu Mungkin Tetap Baharu' dalam Klik DBP (5.2.2012). Penjelasan sedemikian amat diperlukan oleh pengguna. Syabas untuk penulis. Soalan saya: Jadi apakah kelas kata untuk 'baru'? Jika penulis mengatakan 'baharu' dan 'baru' ialah kata adjektif dalam menyatakan maksud "new", lalu bila mengungkapkan maksud "just" dan "recently" (kedua-duanya adverb dalam kelas kata BI) apakah kelas kata bagi 'baru' itu? Dalam Kamus Dewan (versi laman web), dinyatakan bahawa 'baru' adalah kata tugas yang antaranya bersinonim dengan kata adverba 'sesudah' dan 'sebaik saja'. Bolehkah disimpulkan, 'baru' itu adalah kata tugas dan juga kata adverba? atau bagaimana? Terima kasih.Kata baru dalam konteks makna just dan recently berfungsi sebagai Kata Bantu (dalam dolongan Kata Tugas). Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 258 baru tergolong dalam Kata Bantu Aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Baru juga boleh berfungsi sebagai adverba dan mengikut konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa05.02.2012
Ali ternampak seorang pemuda tergesa-gesa keluar dari Kedai Runcit Maju menuju ke arah kereranya. Mohon pencerahan sama ada 1. tergesa-gesa merupakan kata kerja atau kata adjektif, mengapa? 2. keluar merupakan kata kerja atau kata adjektif, mengapa?Ayat yang betul ialah Ali ternampak seorang pemuda berjalan tergesa-gesa keluar dari Kedai Runcit Maju menuju ke arah keretanya. 

Kata “tergesa-gesa” merupakan kata adverb, iaitu Kata Adverba yang bermaksud perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama sifat dari segi masa. Kata "keluar" merupakan kata kerja tak transitif.
Tatabahasa15.01.2023
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa12.11.2013
Maaf ada sedikit pembetulan. Cikgu, tolong terangkan penggunaan ayat yang betul di bawah ini kepada saya. 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.
2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.
Kedua-dua ayat tersebut betul, keras ialah kata adverb yang boleh hadir sebelum dan selepas kata kerja.
Tatabahasa27.05.2014
assalamualaikum, saya ingin bertanya... apakah konsep kata adverba?

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara ,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverb dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.

Lain-lain15.07.2018

Kembali ke atas