Manakah yang betul? -Yang Dipertuan Agong -Yang Di-pertuan Agong -Yang di-pertuan Agong -Yang di-Petuan Agong | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 04.03.2016 |
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ? | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 07.08.2014 |
Beza perkataan Agong dan Agung | Bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung). | Lain-lain | 31.03.2010 |
Sila bagi penjelasan tentang ejaan AGUNG dan AGONG.Bilakah ianya digunakan? | Agong hanya khusus untuk pemakaian Yang di-Pertuan Agong. Agung digunakan untuk pemakaian umum. | Ejaan | 09.08.2006 |
apa beza antara "agong" dengan "agung"?? | Bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua, seperti mesyuarat agung. | Makna | 29.05.2011 |
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi ayat berikut: Dewan Agong Tuanku Canselor atau Dewan Agung Tuanku Canselor. Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'Agong' dan 'Agung'. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Dewan Agung Tuanku Canselor, Agong khusus kepada Yang di-Pertuan Agong. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong". | Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Ejaan | 14.05.2007 |
SAPAAN AGONG | DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG | Lain-lain | 06.09.2010 |
YANG DI-PERTUAN AGONG | YANG DI-PERTUAN AGONG | Tatabahasa | 29.09.2010 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |