Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'. | Cik Puan Zafirah, Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut: Contoh: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 31.05.2009 |
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar? | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh lain: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. Contoh lain: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Amin kepada Ahmad. cakap pindahnya bagaimana? | Cakap pindah ayat tersebut ialah Amin bertanya kepada Ahmad tarikh Ahmad pulang dari luar negeri. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Ali kepada Abu. cakap pindahnya bagaimana? | Ali menanyai Abu tarikh kepulangannya dari luar negara. | Tatabahasa | 20.09.2016 |
Bagaimana cara menulis tanda baca pembuka dan penutup kata, bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan? T kasih. | Tanda petik digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan, cara penulisan adalah sama yakni perlu ada tanda petik di awal dan penutup kata seperti contoh yang diberikan di atas. | Ejaan | 02.08.2012 |
Dalam cakap ajuk, harus meletakkan koma atau noktah di hujung ayat? Misalnya:- "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin. "Cuci baju kamu." arah ibu kepada Amin. | Tanda koma perlu diletakkan di hujung ayat, contohnya "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Apakah perbezaan cakap ajuk yang menggunakan "...." (noktah sebelum penutup pengikat kata) dan "...," (koma sebelum penutup pengikat kata)? | Penggunaan tanda petik dalam cakap ajuk yang betul ialah tanda koma sebelum penutup pengikat kata seperti dalam ayat yang berikut: "Bila sampai?" tanya Husin. "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin. | Tatabahasa | 14.10.2017 |
Salam Satu Malaysia, 1. Kata ganti nama diri kami atau kita yang sesuai digunakan dalam ayat kata ajuk di bawah?Tolong beri penjelasan. | Pertanyaan anda tidak mengemukakan ayat ajuk yang mengandungi kata ganti nama diri kami atau kita. | Tatabahasa | 19.04.2017 |
Salam, apakah tajuk/istilah yang sesuai untuk ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah? Ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata, ayat seruan - Jenis ayat Ayat aktif dan ayat pasif - Ragam ayat Ayat susunan biasa dan ayat songsang - Bentuk ayat Terima kasih. | Ayat cakap ajuk dan cakap pindah termasuk dalam kaegori ayat penyata. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH. | Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris, cth. menangguhkan penyelenggaraan pro- jek; iii. memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. | Tatabahasa | 07.03.2009 |