| Saya telah menyemak kamus namun untuk "Food Alert" tiada. Adakah penggunaan "Awasan makanan" sesuai bagi Food alert atau ada cadangan lain yang lebih sesuai oleh pihak DBP. | Untuk makluman, istilah "food alert" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 13.10.2022 |
| Makna 'Alert' dalam Bahasa Melayu | 'Alert' bermaksud berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada. | Makna | 19.04.2007 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk "spoiler alert"? Amaran pembongkaran? Terima kasih | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk perkataan spoiler alert. Mohon tuan/puan berikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 19.10.2017 |
| Salam sejahtera, Adakah "Alert Line" sesuai diterjemahkan kepada "Talian Awasan" atau "Talian Amaran"? Teks bermaksud talian yang boleh dihubungi oleh pengguna untuk melaporkan apa-apa hal atau pertanyaan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Alert Line diterjemahkan kepada Talian Peka. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2019 |
| Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Sila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler Lane Departure Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
| Makna 'Text alerts' dalam bahasa melayu | Untuk makluman, istilah "text alert" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 28.10.2016 |
| Saya ingin bertanya berkaitan beberapa perkataan yang ingin saya terjemahkan kepada bahasa Melayu dan ingin mendapatkan pendapat sama ada ia betul atau salah. 1) Dilated pupil- mata membeliak 2) Anxiety- gelisah 3) alert- keadaan berjaga-jaga atau tahu tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling 4) level of consciousness- tahap kesedaran 5) delirium- keracauan 6) fidgeteness- tak tahu duduk diam 7) withdrawal symtpoms- sakit gian dadah 8)attentive- dapat tumpukan perhatian 9)gone into hiding- dah larikan diri 10)mild anxiety- sedikit kegelisahan 11) slight resistance- tidak berapa setuju Sekian. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan/puan. | Berikut merupakan terjemahan yang betul: 1) Dilated pupil: Pupil terdilat/terbeliak 2) Anxiety: Kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran 3) Alert: Memberitahu supaya bersiap-sedia, meyedarkan 4) Level of consciousness: Tahap kesedaran 5) Delirium: Racauan, keadaan terlampau seronok 6) Fidgeteness: Gelisah, resah 7) Withdrawal symtpoms: Simptom-simptom penarikan 8) Attentive: Memberikan perhatian penuh 9) Gone into hiding: Sudah pergi menyembunyikan diri 10)Mild anxiety: Kebimbangan, keresahan ringan 11)Slight resistance: Rintangan ringan, daya tahan lemah Padanan kata yang diberikan bersifat umum. Padanan kata lebih tepat apabila diberikan konteks mengikut kesesuaian ayat. | Makna | 08.06.2018 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Katakan, saya ada membuat satu permohonan kepada satu jabatan. Tapi saya masih tidak menerima sebarang maklumbalas tersebut daripada jabatan tersebut. Sekiranya saya ingin menghantar permohonan itu semula, dan nak alert jabatan tersebut bahawa surat permohonan ini adalah permohonan kedua, apakah perkataan yang sesuai saya letakkan di atas surat? Sebelum ini, bos saya minta saya tambahkan perkataan "SONGSONGAN PERTAMA". Tapi, saya semak, surat songsongan bermaksud "Forwarded letter".. Adakah betul penggunaan perkataan ini? Atau ada perkataan lain yang sesuai? Ini adalah contoh surat "SONGSONGAN PERTAMA". Pendapat saya, seperti salah penggunaan ni, sebab kalau ikut maksud dari kamus DBP, surat songsongan bermaksud forwarded letter. Sedangkan surat yang ingin dihantar adalah surat "follow-up" bagi surat permohonan yang telah dihantar. Boleh saya dapatkan maklumbalas bagi persoalan di atas? Terima kasih. | Cadangan kami "Surat Peringatan Mesra" atau "Surat Susulan". | Lain-lain | 20.08.2021 |