Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (yg) digunakan utk mengalu-alukan: kata-kata ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aluan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengikut DBP , Kata-kata aluan (betul), kata alu-aluan(salah) dan ucapan alu-aluan (betul), ucapan aluan (salah) minta penjelasan ... Perbezaan antara kata-kata aluan dan ucapan alu-aluan ..Perkataan yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Harap maklum.Tatabahasa26.06.2008
Aslkkum.Saya keliru dengan penggunaan kata alu-aluan atau aluan untuk buku aturcara dan teks juruacara.Yang mana satu tepat- kata/ucapan alu-aluan atau kata/ucapan aluan.Terima kasihFrasa yang betul ialah Kata Alu-Aluan atau Ucapan Alu-Aluan.Tatabahasa10.03.2008
1.Menurut arkib soalan DBP,soalan 35 memberikan jawapan yang salah iaitu kata-kata aluan adalah betul padahal kata aluan-aluan adalah persis dan tepat.Saya berharap DBP menyedari kesalahan ini. 2.Dalam arkib soalan DBP,frasa tidak dapat dijawab oleh kami juga tidak menepati hukum tatabahasa pelaku kedua,apa komen tuan?Terima kasih atas teguran tersebut. Kami memohon maaf atas kesalahan itu. Jawapan yang betulnya ialah kata alu-aluan. 2. Frasa yang betul ialah 'tidak dapat kami jawab'. Oleh hanya boleh digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga sahaja. Bagaimanapun kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyatakan no. siri arkib soalan yang telah dirujuk bagi membolehkan pihak kami membuat tindakan susulan. Harap maklum.Tatabahasa26.07.2008
Salam. Saya hendak memohon pengesahan bagi peerkataan-perkataan berikut: 1. Ucapan Alu-aluan atau ucapan aluan 2. Kata alu-aluan atau kata-kata aluan Terima kasih.Salam,

Jawapan yang betul:
1. Ucapan alu-aluan
2. Kata alu-aluan
Istilah04.11.2015
Bagaimanakah sepatutnya menggunakan ungkapan kata/ucapan aluan. Yang mana satukah daripada empat (4) contoh yang diberikan di bawah ini adalah betul? 1. Kata-kata aluan 2. Kata alu-aluan 3. Ucapan aluan 4. Ucapan alu-aluanUngkapan kata yang betul ialah 2. Kata alu-aluan dan 4. Ucapan alu-aluan.Tatabahasa06.12.2007
(kata-kata aluan itu) disamapaikan oleh pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa di sekolah itu. yang satukah yang betul? kata-kata alu-aluan itu, kata alu-aluan itu, kata aluan itu, kata-kata aluan itu?

Kata alu-aluan yang betul.

Tatabahasa06.08.2008
1) mana satu yang tepat 'kata-kata aluan' atau 'kata alu-aluan'? Alasannya? 2) Bagaimana hendak membezakan penggunaaan 'antara... dengan...' dan 'antara... dan...'?1.Alu-aluan ialah menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, kedatangan jemputan, cadangan, dll. Kata yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Kata alu-aluan ialah teks ucapan yang yang tidak dibaca tetapi ditulis dalam buku cenderamata, sementara ucapan alu-aluan pula ialah ucapan pertama sekali dalam majlis yang biasanya ialah ucapan daripada tuan rumah yang menganjurkan majlis. 2. Dalam tabahasa Melayu kata hubung yang tepat ialah 'antara... dengan...', manakala 'antara... dan...' tidak diterima pakai dalam tatabahasa Melayu.Tatabahasa16.04.2008
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan.Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang.Tatabahasa21.09.2006
Penggunaan perkataan Kata-Kata Aluan atau Kata Alu-Aluan atau Kata Aluan-yang mana satu betul untuk menyediakan buku program?

Jawapan ialah kata alu-aluan. Terima kasih.

Tatabahasa15.05.2008
Manakah satu yang betul? kata alu-aluan atau kata-kata aluan atau kata aluan? Sila nyatakan apakah justifikasi bagi jawapan tersebut. Terima kasih.Jawapan yang yang betul ialah kata alu-aluan.Tatabahasa08.09.2011
12345678

Kembali ke atas