Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analisis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mau tau penngunaan analisa dalam tajuk tesis saya. ANALISA KESILAPAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR SUKU KAUM KADAZANDUSUN. Adakah penggunaan analisa itu tepat atau tidak, tqPerkataan/ejaan yang betul ialah analisis - Analisis Kesilapan dalam Penyelesaian Masalah Trigonometri dalam Kalangan Pelajar Suku Kaum Kadazandusun.Tatabahasa16.03.2010
analisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. contohnya perkataan berkelahi atau basahAanalisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. Apa yang saudara nyatakan ini merupakan sebahagian daripada perbincangan dalam tajuk Semantik. Sila rujuk buku/tulisan yang berkaitan untuk malkumat yang lemgkap.Makna16.09.2008
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh.Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau.Tatabahasa10.08.2007
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan penggunaan istilah analisis dan analisa? Saya telah merujuk PRPM, istilah yang betul digunakan adalah analisis. Bagaimanapun, saya ingin mendapatkan kepastian sama ada terdapat sebarang pembetulan penggunaan istilah berkenaan. Terima kasih.Analisa ialah ejaan lama, ejaan yang betul ialah analisis.  Analisis ialah serapan daripada perkataan bahasa Inggeris analysis.Ejaan01.01.2015
apakah yang dimaksudkan dengan 'analisis SWOT'?

 

Assalamualaikum.

 

Analisis SWOT merujuk kepada satu kaedah yang digunakan dalam membuat analisis.

S bermaksud strenght (kekuatan)

W bermaksud weakness (kelemahan)

O bermaksud opportunity (peluang)

T bermaksud threat (ancaman)

 

Analisis perlu dibuat dengan mengkaji setiap aspek ini. Tuan boleh merujuk kepada buku yang terdapat dipasaran bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 Sekian

 

Lain-lain02.03.2009
APA BEZA ANALISA / ANALISIS

Istilah yang betul ialah analisis.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.

Makna09.12.2009
Antara perkataan "analisa" dengan "analisis", yang mana satu sepatutnya digunakan? Kalau "analisis" digunakan, kenapa "analisa" masih berleluasa digunakan?Perkataan yang betul ialah "analisis" (Kamus Dewan edisi Keempat).Tatabahasa07.01.2015
Yang mana satu tajuk yang betul, tentang penggunaan antara, di antara dan terhadap. analisis kebersebaban granger antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia. @ analisis kebersebaban granger di antara pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar Malaysia @ analisis kebersebaban granger terhadap pembolehubah-pembolehubah indeks harga pengeluar MalaysiaCadangan kami: Analisis kebersebaban granger terhadap pemboleh ubah indeks harga pengeluar Malaysia.Tatabahasa04.01.2024
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera

Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya.

Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan.  

Lain-lain23.04.2010
Jika "analysis" adalah "analisis", apakah "analytics" dalam Bahasa Malaysia? Contoh penggunaan: "We need marketing strategy solutions derived from big data analytics."Dalam Bahasa Melayu ada perkataan analisis dan analitik, malah analytic itu sendiri kadangkala diterjemahkan kepada analisis atau analitik. Oleh itu kami mencadangkan tuan melihat kepada fungsi perkataan tersebut dalam ayat. Jika adjektif perkataan yang sesuai ialah analitik, manakala jika kata nama atau kata kerja perkataan yang sesuai ialah analisis atau menganalisis.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2017
12345678910...

Kembali ke atas