Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ra.ma] | اسراما

Definisi : 1. bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (spt murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dll), hostel; ~ putera (puteri) asrama yg khusus utk pelajar-pelajar lelaki (perem­puan); 2. rumah tempat tinggal pertapa, biara; 3. Id berek (polis, tentera, dll); berasrama mempunyai asrama: sekolah ~ penuh; mengasramakan menempatkan dlm asr­ama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.ra.ma] | اسراما

Definisi : 1 rumah tumpangan tempat tinggal murid-murid sekolah (mahasiswa dsb). 2 rumah tempat tinggal orang bertapa; biara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asrama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. saya ingin mendapat kepastian mengenai pengunaan istilah. "hari asrama terbuka" atau "hari terbuka asrama"? Mana satu istilah yang tepat. 2. Apakah beza 'mengenai' dan 'tentang'Ynag tepat ialah Hari Terbuka Asrama. Mengenai dan tentang ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 278.  Tatabahasa24.03.2008
Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan. Ayat tersebut terdiri drpd frasa nama dan frasa apa? TqFrasa "masih dalam proses pembinaan" merupakan frasa kerja.Tatabahasa06.11.2013
Penghuni-penghuni asrama anak yatim... betulke penghuni-penghuni? atau guna penghuni sudah membawa maksud jamak? bagaimana pula dengan penduduk? rakyat? bawa konsep jamak atau tunggal?Penghuni membawa maksud jamak. Oleh itu, tidak perlu diulang. Begitu juga dengan penduduk yang membawa maksud jamak.Tatabahasa08.07.2008
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja.a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja?Tatabahasa01.12.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah wujud istilah "asramawan" yang merujuk kepada penghuni asrama? Dan kalau tidak wujud, bolehkah digunakan istilah itu untuk tujuan ilmu? Terima kasih.Perkataan asramawan tidak terdapat dalam data rujukan kami. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan penghuni asrama.Tatabahasa03.09.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "outing" yang merujuk kepada hari untuk penghuni asrama keluar pada setiap hujung minggu? TERIMA KASIHUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "outing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "outing" ialah bersiar-siar.Istilah19.09.2013
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka.1. Berhubung dengan perkara di atas.
2. Perlu tanda koma. 
3. Tugas doktor merawat pesakit.
Tatabahasa18.05.2012
PERBEZAAN ANTARA PANGSASISWA DAN PANGSARAMA?

Sdr Miza,

Sdr perlu melihat makna "pangsa" ialah satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai tempat kediaman (asrama). Manakala kata "siswa" pula bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi.  Kata "pangsasiswa atau pangsarama" tidak tepat untuk dijadikan istilah khusus dan dieja satu perkataan.   Oleh itu,  sekiranya sdr ingin  juga menggunakan kata ini bagi merujuk tempat atau bangunan, ejaannya perlu dijarakkan menjadi "Pangsa Siswa". Untuk pengetahuan sdr, banyak kata-kata yang indah dan tepat yang boleh digunakan untuk merujuk tempat. Sdr perlu merujuk Kamus Dewan atau Siri Lembar Bahasa " Nama Indah".

Tatabahasa03.03.2009
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011
Ada pendapat di internet mengatakan untuk disusuli oleh Kata Kerja dan bagi disisuli Kata Nama. Benarkah?Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:
i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina; dan 
ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: Hadiah itu untukmu, bukan Hadiah itu bagimu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276.
Tatabahasa30.04.2012
123

Kembali ke atas