Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aturcara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aturcara atau Atur Cara ?Ejaan yang betul ialah "atur cara"Tatabahasa01.10.2014
Aturcara @ Atur CaraEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan07.10.2013
Aturcara satu atau dua perkataan?

Saudara Yaya,

Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu atur cara. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Ejaan17.06.2009
Salam sejahtera, Saya nak bertanya, adakah wujud perkataan aturcara program atau aturcara mempunyai maksud yang sama dengan program?
Dalam data kami, atur cara merupakan kata majmuk yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dan sebagainya) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan termasuk program). Maka, frasa atur cara program memang ada dan digunakan dalam bahasa Melayu.
Makna21.07.2017
Saya inginkan kepastian mengenai ejaan atur cara atau aturcara bagi istilah teknologi maklumat dan komunikasi. Saya dapati dalam carian kata bagi istilah MABBIM menggunakan ejaan aturcara bagi istilah teknologi maklumat. MIDI program-change message = mesej tukar aturcara MIDI Contoh ayat: Berikut adalah segmen pseudokod bagi satu aturcara (programme).Ejaan yang betul ialah atur cara.Ejaan06.12.2017
Mengenalpasti ejaan aturcara, sama ada atur cara atau aturcara. mana yang betul. Terima kasihEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan06.07.2011
Tuan, didalam buku aturcara yang dihadiri oleh Sultan terdapat Nanyian Lagu Negara Ku dan lagu Negeri adakah betul didalam buku aturcara disebut Lagu Negara Ku di mainkan atau didendangkan atau tidak disebut terus, apa pandangan tuan, terima kasihDalam senarai atur cara yang betul ialah Nyanyian Lagu Negaraku, bermaksud tidak hanya lagu negaraku dimainkan tetapi hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.Lain-lain17.02.2010
atur cara atau aturcaraEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan15.11.2011
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. Makna06.03.2008
yang mana lebih tepat - aturcara atau agenda?Agenda bermaksud susunan perkara yg dike­muka­kan utk dibincangkan (dlm mes­yua­rat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;

Manakala atur cara bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll).
Ejaan11.02.2014
12

Kembali ke atas