maksud autonomi, penyayang & kerahsiaan | Saudara, Maksud autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain); Maksud penyayang ialah orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan Maksud kerahsian ialah perihal rahsia. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.12.2009 |
maksud bagi kuasa autonomi,hidrogen&krimer | Kuasa autonomi ialah kuasa atau hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain). Hidrogen ialah gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air. Krimer ialah serbuk atau cecair berwarna putih yang menggantikan susu dalam minuman teh, kopi dan sebagainya. | Makna | 17.03.2007 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "autonomously"? 1) Secara autonomi 2) Secara berautonomi 3) Lain-lain (sila berikan cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Secara terjemahan langsung, autonomously boleh diberikan padanan secara autonomi atau berautonomi bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2015 |
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya. 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan | Tatabahasa | 18.11.2015 |
peranan dewan bahasa pustaka | Berbekalkan Ordinan DBP 1959, DBP diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia. Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. | Lain-lain | 08.04.2008 |
Salam sejahtera.Adakah auto termasuk dalam imbuhan pinjaman(awalan).Terima kasih | Auto- merupakan awalan YunaniLatin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian. Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM). | Tatabahasa | 16.02.2017 |
Assalamualaikum. Boleh tuan jelaskan tentang penjarakan perkataan yang menyusuli perkataan 'auto'? Bilakah masanya 'auto' dan perkataan selepasnya dijarakkan dan bilakah masanya pula kedua-dua perkataan itu dirapatkan? Contohnya: 'auto start'. Adakah terjemahan yang betul 'automula' atau 'auto mula'? Adakah suatu peraturan tentang hal ini? Terima kasih atas bantuan tuan. | Auto- merupakan awalan Yunani–Latin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian. Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM). | Tatabahasa | 19.03.2014 |
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya 2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan 3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh 4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan 5. Cybersecurity - Keselamatan Siber 6. Systems Integration - Sistem Bersepadu 7. Internet of Things - Internet Benda 8. Simulation - Simulasi 9. Advanced Materials - Bahan Termaju 10. Autonomous Robots - Robot autonomi 11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam 12. enabling technologies - Teknologi pemboleh Terima kasih
| Makna | 03.10.2018 |
Saya ingin menanyakan beberapa soalan berkenaan dengan peranan sebenar DBP dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Apakah DBP betul-betul memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia? Perlukah seorang wakil senator dilantik dalam parlimen bagi memperjuangkan Bahasa Melayu? Mengapa tidak dianjurkan satu perayaan atau hari Bahasa Melayu seluruh Malaysia? Sejauhmanakah Bahasa Melayu membantu dalam perkembangan teknologi masa kini? Sejauhmanakah DBP mempertahankan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia umumnya dan orang Melayu khususnya? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Berbekalkan Ordinan DBP 1959, DBP diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia. Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. Memang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. | Lain-lain | 25.07.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian. | Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan. 1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja 2. Employee Work Intention – niat bekerja 3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi 4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial 5. Work Cognition – kognisi kerja 6. autonomy - autonomi 7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin 8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja 9. collaboration – kerjasama 10. distributive justice – keadilan teragih 11. feeback – maklum balas 12. growth - berkembang 13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat 14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara 15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong 16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju 17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
| Istilah | 04.06.2018 |