Perkataan 'Backdrop' boleh digunakan di dalam ayat bahasa melayu | Padanan bahasa Melayu bagi istilah backdrop ialah tirai latar, latar pentas atau tirai belakang. | Lain-lain | 16.10.2016 |
Assalam... Bersama ini disertakan 'backdrop' untuk mesyuarat. Kami mmohon jasa baik pihak DBP untuk menyemak sama ada perkataan yang di gunakan di dalam 'backdrop tersebut adalah benar atau salah, Jika terdapat kesilapan mohon di perbetulkan. Selain itu juga mohon untuk semak tulisan jawinya juga . Adakan ejaan setiap perkataan itu betul . Bolehkan ejaan jawi di guna pakai untuk Bahasa Inggeris. Mohon nasihat. Terima kasih | 1. Kami mencadangkan Coffee Table Book ditukar kepada Buku Mewah. 2. Ejaan Jawi yang betul adalah seperti yang berikut: مشوارت ڤڽلارسن بوکو ميواہ مسجد لاما کامڤوڠ لاءوت 3. Sila betulkan kepada Ibarat sirih pulang ke gagangnya. 4. TARIKH: MASA: TEMPAT: (titik bertindih perlu rapat dengan teks sebelumnya) 5. 7.30 PAGI - 5.00 PETANG | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2021 |
assalamualaikum.. nak tanya istilah dalam bahasa melayu sesuai bagi backdrop (hiasan di pentas papan pentas) | Padanan bahasa Melayu bagi istilah backdrop ialah tirai latar, latar pentas atau tirai belakang. | Istilah | 02.04.2007 |
Mohon semakan DBP sama ada terdapat kesilapan penggunaan bahasa pada backdrop yang disertakan. | Tidak ada kesalahan pada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 13.07.2017 |
Assalamu'alaikum tuan, Apakah ejaan/panggilan yang betul ditulis dalam "backdrop" atau buku aturcara bagi nama Pengarah sesuatu organisasi yang belum menerima gelaran anugerah, sama ada ditulis ENCIK atau TUAN. Contohnya : "Dirasmikan oleh YBhg. TUAN ALI BIN ABU, Pengarah Jabatan Satu" atau "Dirasmikan oleh YBhg. ENCIK ALI BIN ABU, Pengarah Jabatan Satu" ? | Umumnya, ‘encik’ ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku,manakala ‘tuan’ ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. | Lain-lain | 12.02.2015 |
Tuan, Sukacita sekiranya dapat tuan memberi jawapan segera kepada soalan saya. Ini adalah kerana saya perlu mencetaknya esok. Saya ingin menggunakan penyataan ini pada backdrop: LESTARI INOVASI Betulkan penggunaan gabungan perkataan ini tuan. Saya ingin menyatakan berkaitan membuadayakan inovasi dalam pendidikan teknik dan vokasional dan kami mahu budaya itu berterusan . Pohon bantuan. Terima kasih . | Frasa yang tepat ialah Melestarikan Inovasi, iaitu bermaksud mengekalkan inovasi. | Tatabahasa | 26.12.2013 |