Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Peribahasa

Bagai lesung dengan antan.

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasihSaudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.  Lain-lain03.10.2009
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
Salam sejahtera, Macam mana untuk mengatakan situasi "chicken and egg" dalam bahasa Melayu? Adakah wujudnya peribahasa bahasa Melayu yang sepadan dengan "chicken and egg"? Sekian, terima kasih.Dicadangkan peribahasa bahasa Melayu yang paling hampir untuk chicken and egg ialah bagai isi dengan kuku. Terima kasih.Lain-lain08.01.2011

Kembali ke atas