Apakah perbezaan diantara bahasa baku dengan bahasa Johor -Riau apakah kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa baku | Sdr. Sumayah Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan saya disebut saya bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Maksud bahasa baku. | Bahasa baku ialah bahasa yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), dgn kata lain bahasa baku ialah bahasa standard | Makna | 18.08.2007 |
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan. | Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku. | Lain-lain | 03.10.2012 |
Apakah perbezaan ketara antara Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dengan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia yang ditulis oleh Hassan Alwi? Umum mengetahui Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik untuk menghuraikan konsep tatabahasa, apakah pula pendekatan yang digunakan dalam Tata bahasa bahasa Baku Indonesia? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kertas kerja seminar bahasa atau makalah yang ada membincangkan ciri-ciri dan perbandingan antara dua buku tatabahasa tersebut. | Lain-lain | 01.06.2013 |
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku | Saudara, Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat. Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. | Lain-lain | 01.07.2010 |
apakah bahasa baku? | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. | Makna | 04.07.2006 |
Salam...saya ingin bertanya berkenaan dengan sebutan baku. Adakah sebutan baku boleh disama ertikan dengan bahasa baku? Maksud saya, adakah ciri-ciri bahasa baku dan sebutan baku adalah sama? Apakah perkaitan antara bahasa baku dengan sebutn baku? Terima Kasih | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.10.2008 |
Apakah difinasi bahasa baku? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. | Makna | 20.06.2010 |
apakah pergertian bahasa baku dan huraian mengenainya? serta apakah yang di maksudkan mengenai komuniti bahasa | Bahasa baku ialah bahasa yang telah diterima umum sbg betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yang lain (standard). Komuniti bahasa pula ialah kumpulan-kumpulan bahasa seperti bahasa baku, dialek, idiolek,slanga, bahasa isyarat dsbnya. Terima kasih. | Makna | 08.01.2007 |
konsep / difinisi penstandardan dan kebakuan bahasa | Dalam bidang ilmu bahasa variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh rakyat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat. | Lain-lain | 04.04.2008 |