Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa malaysia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Property Fair dalam Bahasa Malaysia 2. Business Development dalam Bahasa Malaysia 3. Circulation Department dalam Bahasa MalaysiaPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut;

1. Property Fair - Pameran Harta Tanah
2. Business Development - Pembangunan Perniagaan
3. Circulation Department - Bahagian Pengedaran
Istilah21.03.2016
Perkhidmatan penterjemahan perkataan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris: Project Delivery Division Bahasa Malaysia:Kami mencadangkan Project Delivery Division diterjemahkan kepada "Bahagian Penyampaian Projek", sekiranya bersesuaian dengan konsep yang berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023
Ayat 1:Saya belajar Bahasa Malaysia di dalam kelas. atau Ayat 2:Saya belajar bahasa Malaysia di dalam kelas. Mana satu ayat yang betul?Sekiranya merujuk kepada mata pelajaran, ayat yang betul ialah Saya belajar Bahasa Malaysia di dalam kelas.Tatabahasa08.11.2021
Salam pihak dbp, saya ingin bertanya. Adakah dasar MOE iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih relevan dan digunapaki sehingga hari ini? Terima Kasih.Salam sejahtera, Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Untuk makluman, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih dilaksanakan di KPM dan masih relevan. Dewan Bahasa Pustaka hanya terlibat dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) menerusi Inisiatif 108 dan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu Sekian, terima kasih.Lain-lain05.11.2020
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk goggles? Adakah "gogal" di terima dalam Bahasa Malaysia?

Menurut data kami, padanan yang sesuai bagi "goggles" ialah gogal.
Istilah13.03.2017
Apakah terjemahan bagi 'diastatic rice flour' dalam Bahasa Malaysia? Tidak ada istilah Bahasa Malaysia untuk 'diastatic'. Bolehkah ia diterjemah sebagai Tepung Beras 'Diastatic'.Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tepung beras diastatik.Istilah27.10.2016
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang penggunaan perkataan dalam bahasa Malaysia bagi kipas bilah tiga, kipas bilah empat dan kipas bilah lima. Adakah perkataan tersebut betul dalam istilah bahasa Malaysia? Sekian, terima kasih.Ya, betul. Kipas bilah tiga, kipas bilah empat dan kipas bilah lima.Istilah06.08.2018
Saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan seperti di bawah ke dalam bahasa Malaysia, bagi perkataan Bahasa Inggeris : Living Our Values. Bahasa Malaysia: Pilihan 1 - Menzahirkan Nilai Murni Pilihan 2- Zahirkan Nilai Murni Mohon juga nasihat serta kelulusan pihak DBP sekiranya terjemahan pada pilihan 1 atau 2 boleh digunakan atau tidak.

Kedua-dua frasa yang tuan kemukakan betul, namun sekiranya frasa ini merupakan visi, kami mencadangkan “Menzahirkan Nilai Murni”.

Penyemakan dan penterjemahan13.01.2015
Mata pelajaran kegemerannya ( adalah atau ialah) Bahasa Malaysia. Guna adalah atau ialah?Mata pelajaran kegemerannya ialah Bahasa Malaysia. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Kami ingin memodenkan perkataan 'Latisan' dari Bahasa Malaysia kepada Latisa sebagai nama yang neutral dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, bagi tujuan penamaan perusahaan kawasan komersial di Kulai, Johor Bharu. Adakah nama tersebut tepat/ dibenarkan/ sesuai?Dalam Kmjus Dewan Edisi Keempat, "latisan" bermaksud denai atau jalan dalam hutan atau rintisan. Berdsarkan maksud tersebut, kami berpendapat "latisan" tidak sesuai digunakan untuk penamaan sebuah kawasan komersial. Kami berharap pihak tuan memilih nama lain yang lebih sesuai dan mempunyai ciri keindahan bahasa Melayu. Nama yang diberikan boleh diambil daripada perkataan yang berunsurkan alam tempatan seperti tumbuh-tumbuhan, hasil bumi dan sebagainya. Makna05.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas