Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baiki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baiki ayat di bawah jika ada. Bayangkan dunia tempat setiap satu manusia bebas berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Itulah iltizam kami.Ayat yang betul ialah:
Bayangkan dunia sebagai tempat berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia. Itulah iltizam kami.
Tatabahasa07.12.2022
Baiki lokasi pavemen konkrit yang menghadapi kemerosotan kualiti dan kecacatan bagi keluasan melebihi 0.25 m2 , kaedah selain di atas tidak dianggap sesuai. Treat affected area as necessary when area of deterioration is more than 0.25 sq.m and other specific treatment detailed above are not considered appropriate.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Soalan: Baiki kesalahan struktur ayat berikut supaya menjadi ayat yang betul. Ayat: Kamu di mana membeli baju batik itu? Jawapan mana yang lebih sesuai? 1)Di mana kamu membeli baju batik itu? 2)Kamu membeli baju batik itu di mana?Yang betul ialah Di mana kamu membeli baju batik itu?Tatabahasa08.05.2008
Mohon tuan baiki yang salah dalam infografik ini Terima kasih banyak tuan

Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, kain rentang, poster atau sepanduk, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.

Lain-lain03.05.2023
pusat beli-belah atau pusat membeli-belah bengkel baiki kereta atau bengkal membaiki kereta menemui barang kemas atau menemukan barang kemas apa maksud 'berjujup-jujup' dan 'berdedai-dedai'

Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'; Bengkel baiki kereta; menemukan barang kemas; berdedai-dedai ialah berjalan berduyun-duyun (berturur-turut) dengan tidak beraturan; sila pastikan ejaan 'berjujup-jujup' kerana dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara ditemukan kata 'berjujuk-jujuk' yang bermakna beratur, berbanjar, berduyun-duyun.

Tatabahasa14.03.2008
1. “Warna kereta itu sudah luntur”,”Warna kereta itu sudah sebam”. Ayat manakah yang betul? 2. “Bolehkah kamu berikan nasi lemak ini kepada Aiman?”,Mengapakah perkataan ‘berikan’ tidak boleh digantikan dengan ‘memberikan’ dalam ayat ini? 3. “Mereka balik ke kampung menaiki kereta api”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 4. “Ramai kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 5. “Paru-paru merupakan organ pernafasan kepada manusia”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 6. “Pengawal itulah yang sedang bertugas ketika itu”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 7. “Feri itu menepi ke dermaga untuk memunggah barang”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. 8. “Saki-baki lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah”. Mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. Terima kasih.1. Ayat yang betul, "Warna kereta itu sudah luntur".

2. Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah kamu memberikan nasi lemak ini kepada Aiman?"

3. Ayat yang gramatis ialah "Mereka balik kampung menaiki kereta api." Perkataan "balik ke" mempunyai unsur kelewahan.

4. Ayat yang gramatis ialah "Banyak kanak-kanak di taman asuhan itu bijak berbahasa Inggeris." "Ramai" menunjukkan suasana, manakala "banyak" menunjukkan bilangan.

5. Ayat yang gramatis ialah "Paru-paru merupakan organ pernafasan manusia." Tidak perlu perkataan "kepada" kerana perkataan "merupakan" telah menunjukkan keterangan pemilikan.

6. Terdapat pengulangan perkataan "itu" dalam satu ayat. Boleh ditukarkan menjadi "Pengawal tersebutlah yang sedang bertugas ketika itu."

7. Ayat yang gramatis ialah "Feri itu berlabuh di dermaga untuk memunggah barang."
Perkataan "menepi ke" mengelirukan.

8. Ayat yang gramatis ialah "Lebihan lauk-pauk itu dibawa pulang oleh Mak Munah." Perkataan "saki-baki" dalam konteks makanan membawa konotasi yang negatif.
Tatabahasa26.11.2014
Adakah ayat berikut betul? Jika tidak, tolong baiki. Kitar semula adalah membuat benda baru daripada benda lama.Sila semak ketepatan fakta yang digunakan dalam menerangkan konsep kitar semula dan selepas itu perbaiki penggunaan ayat. Saudara boleh merujuk www.prpm.dbp.gov.my dan rujuk juga buku tatabahasa.Makna09.02.2012
Encik boleh mula membaiki kereta yang saya bagi kepada encik mula membaiki atau mula baiki?Ayat yang betul ialah:  Encik boleh mula membaiki kereta yang saya hadiahkan.Tatabahasa12.04.2023
Dimaklumkan bahawa cuti rehat puan di luar negeri di Qatar telah diluluskan. Soalan-mohon baiki ayat ini. TkAyat yang betul ialah cuti rehat puan telah diluluskan.Lain-lain01.11.2010
Razif Nasardin SAT 3:08PM Laman web pusat rujukan persuratan melayu tidak boleh dilayar. Tolong baiki masalah ini. Mesejnya : Server error.Kami ambil maklum aduan tuan dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.Lain-lain20.08.2016
123

Kembali ke atas