Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi 1. be in, come into equilibrium, /berimbang, mengimbangkan/ /diri, badan/: the acrobat was balancing on a horizontal pole, akrobat itu mengimbangkan diri di atas sebatang kayu melintang; 2. (accounting) seimbang: the accounts do not ~, akaun itu tdk seimbang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : lose o’s ~, a. (dlm keadaan) terhuyung-hayang, hilang /ke(se)imbangan, perimbangan/ diri: he suddenly lost his ~ and fell, tiba-tiba dia terhuyung-hayang lalu jatuh; b. (fig.) hilang akal, menjadi gugup; on ~, setelah /mempertimbangkan, memikirkan/ segala-galanya; strike a ~, (fig.) mencari /ke(se)imbangan, perimbangan/; throw so. off his ~, a. menyebabkan sso terhuyung-hayang (dan hampir jatuh), menyebabkan sso hilang /ke(se)imbangannya, perimbangannya/; b. (fig.) mengelirukan sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ in hand, baki di tangan; /be, hang/ in the ~, (fig.), (dlm keadaan) terkatung-katung, belum pasti: the fate of the refugees hangs in the ~, nasib orang-orang pelarian itu terkatung-katung; his life is hanging in the ~, hidup matinya belum pasti; hold the ~, memegang kuasa /penentu, pemutus/; keep o’s ~, a. menjaga /ke(se)imbangan, perimbangan/ diri sso; b. (fig.) mengawal perasaan: he was able to keep his ~ even though under stress, dia dapat mengawal perasaannya walaupun jiwanya tertekan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. preponderating weight, imbangan: the ~ of the evidence seems to favour the accused, imbangan bukti nampaknya memberat kpd pihak yg dituduh; 8. remainder, baki(nya), lebihan, lebihnya: I shall pay the ~ in three months, saya akan membayar bakinya dlm masa tiga bulan; bank ~, baki di dlm bank; 9. (accounting) baki; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. mental, emotional stability, ketenangan, kestabilan, kewarasan: the horrifying experience disturbed the ~ of his mind, kewarasan fikirannya terganggu oleh pengalaman yg menakutkan itu; 6. harmony of design, keseimbangan, perimbangan: the picture lacks ~, gambar itu tdk mempunyai keseimbangan; that one line upsets the whole ~ of the poem, baris yg satu itu merosakkan keseimbangan keseluruhan sajak itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (weighing apparatus) neraca; 2. state of equilibrium, keseimbangan; 3. counterweight, pengimbang: the comic elements in the play serve as a ~ to the tragic ones, unsur-unsur komedi dlm drama itu menjadi pengimbang unsur-unsur tragis; 4. ability to retain bodily equilibrium, ke(se)imbangan, perimbangan: exercises to improve a dancer’s ~, senaman utk membaiki keseimbangan penari; to find a ~ between two extremes, mencari perimbangan antara dua hal yg keterlaluan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. weigh in or as if in a balance, mengimbangkan: to ~ the profit and loss, mengimbangkan untung rugi; 2. bring into equilibrium, mengimbangkan: to ~ the scales, mengimbangkan neraca; to ~ os on a tight rope, mengimbangkan diri di atas tali yg terentang tegang; to ~ exports with imports, mengimbangkan eksport dgn import; 3. (accounting) mengimbangkan akaun; 4. assess, compare, menimbang: it is wise to ~ the advantages against the disadvantages, lebih baik kita menimbang buruk baiknya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balance


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam peruntukan di bawah ini, perkataan “opening balance” dan “closing balance” telah dipadankan dengan perkataan "baki permulaan" dan "baki penutup". Carian PRPM bagi perkataan "closing balance" adalah "baki penutup". Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "opening balance"? Dalam khidmat nasihat menunjukkan padanan "baki pembukaan". Namun, adakah ianya sesuai dalam konteks peruntukan ini atau terdapat padanan lain yang sesuai. (3) Jawatankuasa hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas 31 Disember setiap tahun, tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada 31 Mac tahun kewangan yang berikutnya, mengemukakan kepada Ketua Audit Negara penyata akaun yang menunjukkan baki permulaan, penerimaan ke dalam, pembayaran daripada dan baki penutup, akaun Kumpulan Wang bagi tahun itu. (3) The Committee shall as soon as possible after 31 December of each year, but in any case not later than 31 March of the following financial year, forward to the Auditor General the statement of accounts showing the opening balance of, receipts of, payments from and the closing balance of, the Fund for that year.Kami mencadangkan istilah "opening balance" diterjemahkan sebagai "baki permulaan", "baki bawa ke hadapan" atau "baki bawa ke depan". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah16.08.2021
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi "bucket balance" dan "pan balance"? Kedua-duanya ialah jenis penimbang berat, yang digunakan dalam bidang matematik. Terima kasih.
Dalam data kami, pan balance diberikan padanan 'ceper neraca', manakala bucket balance tiada dalam data. namun dalam istilah matematik, bucket ialah ' bakul'. berdasarkan itu, kami mencadangkan padanan 'bakul neraca' untuk istilah bucket balance

Penyemakan dan penterjemahan17.06.2014
1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang
2) Opening Balance = Baki Pembukaan
3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini.
4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 
5) Available Balance = Baki Tersedia
Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan01.09.2015
Adakah sesuai terjemahan "Total Relationship Balance" (Perbankan) kepada "Jumlah Baki Hubungan"? Atau lebih sesuai diguna pakai "Jumlah Baki Minima"?Cadangan kami bagi Total Relationship Balance ialah Jumlah Baki Hubungan jika bersesuaian dengan konteks.Penyemakan dan penterjemahan25.12.2019
Apakah maksud atau terjemahan yang tepat bagi work-life balance? Adakah Keseimbangan kerja-kehidupan. Terima kasih.terjemahan yang sesuai bagi work-life balance ialah keseimbangan kehidupan bekerjaPengembangan14.06.2020
Salam, saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu (kewangan) untuk qualifying threshold balance?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi qualifying threshold balance ialah baki ambang layak.Penyemakan dan penterjemahan11.01.2024
Apakah istilah perakaunan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan untuk "running balance"?Tiada istilah yang terdapat dalam kamus Inggeris Melayu. Tuan boleh menggunakan istilah "running balance" ( dengan membuat penandaan pengikat kata "    ")Istilah27.05.2013
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "balance the taste"? Menyeimbangkan rasa atau mengimbangkan rasa? Terima kasih.Kedua-dua padanan perkataan diterima mengikut konteks dan penggunaan ayat.Makna17.06.2021
Saya sedang mencari istilah teknikal bahasa inggeris "balance of plant" dalam bahasa melayu. istilah ini khususdigunapakai di stesen janakuasa. dimanakah rujukan lain sekiranya saya mahu mencari terjemahan teknikal yang lain?

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah baki loji. Selain menggunakan khidmat ini, saudara boleh menggunakan khidmat Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dicapai melalui laman sesawang DBP. 

Istilah12.01.2010
Apakah terjemahan yang paling bersesuain untuk perkataan 'customise talent management', 'work-life balance', botom-up approach' dan 'front-end and back-end processes' Terima kasihPertanyaan yang dikemukakan tidak pula menyatakan penggunaan khusus istilah tersebut dalam bidang tertentu. Maka cadangan kami:
1. Membina Pengurusan Bakat
2. Keseimbangan Budaya Kerja
3. Kaedah Bawah-Atas
4. Proses Bahagian Depan dan Belakang atau Proses Pemisahan Lapisan Depan dan Belakang
Penyemakan dan penterjemahan28.04.2015
12

Kembali ke atas