Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja.sa.ma] | بکرجاسام

Definisi : bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja.sa.ma] | بکرجاسام

Definisi : bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul, andainya salah tolong perbetulkan. 1. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing membersihkan kawasan sekolah. 2. Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah bagai aur dengan tebing. 3. Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah.Ayat yang betul ialah Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah dan ayat Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan sekolah juga boleh diterima. 
Tatabahasa24.03.2015
semangat bekerjasama atau semangat kerjasama? nilai berdedikasi atau nilai dedikasi?

Penggunaan yang betul ialah semangat bekerjasama dan nilai berdedikasi. Semangat bekerjasama merujuk pada kemahuan untuk berbuat sesuatu secara bekerja bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang) bergotong-royong. Imbuhan beR- dalam bekerjasama membawa pengertian bersama-sama.

 

Manakala berdedikasi merujuk pada sifat pemikiran yang tinggi atau kesanggupan mengorbankan tenaga, masa dan lain-lain untuk sesuatu. Imbuhan beR- dalam berdedikasi membawa pengertian mempunyai. Rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan aspek makna awalan beR-.

Tatabahasa10.03.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat berikut: 1. Murid-murid bekerjasama menyusun kerusi. 2. Murid-murid menyusun kerusi dengan bekerjasama. Ayat yang mana satu adalah betul? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "murid-murid bekerjasama menyusun kerusi".Tatabahasa19.09.2014
Penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung rumah Pak Cik Ahmad. Adakah frasa kerja membaiki bumbung betul? Terima kasih.Frasa "membaiki bumbung" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa14.08.2014
tuan, 'semangat kerjasama' atau 'semangat bekerjasama'? sekian terima kasih.jawapan yang betul ialah semangat bekerjasamaTatabahasa27.04.2011
Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Bolehkah ' bumbung' menggunakan kata kerja'membaiki'? Terima kasih.Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Ayat ini betul, bumbung menjadi objek kepada kerja membaiki.Tatabahasa14.08.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai perkataan bekerjasama. Adakah perkataan tersebut kata dasar atau perkataan berimbuhan? Terima kasih.Bekerjasama merupakan kata terbitan iaitu menerima imbuhan awalan be-.Tatabahasa23.04.2013
kalau dalam ayat 'Demi kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu' atau 'Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu'. yang mana satu betul???

Puan,

Kedua-dua ayat betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa11.10.2010
Tuan, Adalah frasa di bawah betul atau salah? 1. Para penduduk bekerjasama membersihkan taman. 2. Penduduk-penduduk bekerjasama membersihkan taman. Adakah penduduk sudah bermaksud jamak? para juga bermaksud jamak? Terima kasih.Untuk makluman, penduduk sudah menujukkan maksud jamak. Sehubungan dengan itu, kedua-dua ayat contoh yang diberikan tidak tepat.Tatabahasa29.06.2016
nilai bekerjasama atau nilai kerjasama, mana satu yang betul? tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? nilai kerajinan atau nilai rajin? sifat kerajinan atau sifat rajin? nilai bertolak ansur atau nilai tolak ansur?

Yang betul ialah nilai bekerjasama, tempat meletak kereta, nilai kerajinan, dan nilai bertolak ansur. Bagi sifat pula yang betul ialah sifat rajin.

Tatabahasa14.04.2010
12345

Kembali ke atas