Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (leg.) benefisiari; 2. one who gains, benefits (from st), (orang) yg mendapat /faedah, manfaat/ (drpd sst). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beneficiary


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
no beneficiary bank chargescaj bank tidak dikenakanLain-lain11.06.2007
Salam. "allocate" mengikut PRPM bermaksud menguntukkan, mengagih-agihkan. Konteks ayat saya adalah berkenaan dengan allocation of land. Antara yang perlu saya terjemahkan adalah ayat di bawah: "(b) where the value of any interest or share in land or lot allocated to a beneficiary is less than the value of the share in the estate ..." Apakah padanan yang sesuai bagi "allocated" pada ayat di atas? adakah "diuntukkan"? Satu lagi, boleh kah allocation diberi padanan "peruntukan"? Apakah sebenarnya beza antara penguntukan dan peruntukan. Saya dapati, allocation boleh juga digunakan padanan "peruntukan" (PRPM-"allocation")

Padanan yang sesuai untuk perkataan "allocated" dalam ayat di atas ialah “diuntukkan” kerana perkataan “diuntukkan” memberi pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, perkataan “allocation” boleh diterjemahkan sebagai “peruntukan” yang membawa maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll.) yang ditetapkan (ditentukan).

Perbezaan penguntukan dan peruntukan adalah seperti yang berikut:

-       -Penguntukan: proses menguntukkan atau menentukan sesuatu

-       -Peruntukan: perihal atau hasil bagi sesuatu yang telah ditentukan


Penyemakan dan penterjemahan13.04.2020
Merujuk kepada perkara yang dinyatakan, saya telah menerima emel daripada Bank Islam pada 9.10 am 14 Disember 2021. Emel tersebut memberi notifikasi bahawa saya menerima Bayaran Honorarium Artikel Tunas Cipta daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebanyak RM100. Setelah menyemaknya pada 14 Disember sehingga 22 Disember 2021 (1.00 pm), bayaran tersebut masih belum diterima dalam akaun Maybank saya sedangkan saya patut menerimanya pada 14 Disember 2021 selewatnya 5.00 pm. Mohon pihak tuan dapat bertindak sewajarnya berhubung perkara ini. Keterangan transaksi adalah seperti berikut: Tarikh transaksi: 14/12/2021 Status: Approved Beneficiary: Zuraimi bin Mohd Zuber Account Number: 163028655009 EFT/Rec Number: 0017047/21 Berikut diberikan butiran peribadi saya: Nama Penuh: Zuraimi bin Mohd Zuber No. Kad Pengenalan: 850728115451 No. Telefon: 0163593063Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Untuk makluman Puan Zuraimi, sidang editor majalah Tunas Cipta telah menemukan kesilapan pada nombor kad pengenalan puan rekod
pendaftaran yang menyebabkan pembayaran honorarium itu gagal dibuat.

Sehubungan dengan itu, sidang editor telah mengemukakan pembetulan tersebut kepada pihak Kewangan dan Bekalan DBP pada 31 Disember 2021 untuk menyelaraskan semula pembayaran honorarium tersebut.

Terima kasih.
Lain-lain22.12.2021

Kembali ke atas