1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4. | Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.
| Tatabahasa | 12.05.2011 |
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah betul; 1. Keluarga Ali mengucapkan terima kasih yang berbanyak-banyak kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. | Ayat yang gramatis ialah: 1. Keluarga Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. | Tatabahasa | 24.10.2012 |
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No Alamat | Sila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan. | Lain-lain | 18.01.2024 |
Merujuk penggunaan kata dasar 'banyak' dalam persuratan, contoh; Pihak Universiti mengucapkan berbanyak terima kasih atas perkhidmatan Dayang. Mohon kepastian penggunaan bahasa di dalam ayat tersebut. | Ayat yang betul ialah Pihak universiti mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perkhidmatan Dayang. | Tatabahasa | 28.07.2022 |
Assalamualaikum. Saya ingin memohon pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018.Bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak (Sarjana muda) bidang pengurusan pendidikan(sarjana) bidang pengajian saya di maktab perguruan sandakan(pendidikan awal-kanak-kanak / Bahasa Melayu sekolah rendah.soalan saya adakah saya berkelayakan untuk memohon pengambilan Munsyi dewan ini.Bagaimana caranya.Sekian terima kasih | Waalaikumsalam. Pertamanya kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tentang hasrat dan minat puan untuk menjadi Munsyi Dewan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung tatacara untuk memohon menjadi Munsyi Dewan, puan diminta menghubungi Encik Mohd. Jusoh bin Majid menerusi talian telefon: 03-21470210/019-2744848 atau menerusi e-mel: jusoh@dbp.gov.my. Sekian. | Lain-lain | 21.03.2018 |
As salam Tuan, saya ini sangat hendak bertanya dan pendapat Tuan yang lagi arif tentang perkataan yang sesuai untuk Jabatan kami meletakkan papan tanda di tempat Pembakaran Mayat DBKL terutama di pintu masuk di mana dapat dilihat oleh orang awam ketika melalui jalan tersebut. besama sama ini juga saya sertakan draf atau perkataan mahu pun ayat yang sesuai di guna pakai. sehubungan denga ini juga saya memohon kepada Piha Tuan untuk menterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Melayu,Mandarin,India dan juga English, memandangkan negara kita mempuyai berbilang bangsa, Kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amat la saya hargai dan di dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEP AND SINCE SYMPATHY TO THE FAMILY OF THE DEMISE MAY THE SOUL REST IN PEACE OR THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY MAY THE SOUL REST IN PEACE yang iklhas MOHD RIZZUAN BIN HASAN | Wa alaikumussalam, Kami memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana DBP tidak memberikan khidmat penterjemahan. Pihak tuan boleh mengajukan pertanyaan dan bantuan sama ada kepada PPM (Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506) atau ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 03-41451800) Terima kasih. | Lain-lain | 28.08.2014 |